PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

Sunday 12 November 2017

GERANIUM


EO Geranium mempunyai wangian yang manis, bunga yang menenangkan dan melegakan tubuh dan minda. Bau Geranium lebih kurang seperti Rose. Disebabkan EO Rose mahal so kita beli la EO Geranium sebagai pengganti😃😃

Digunakan secara tradisi untuk menyokong sistem peredaran dan saraf, banyak kekuatannya terletak pada kemampuannya untuk merevitalisasi tisu badan.

. EO Geranium juga boleh dapat membantu mengurangkan rasa takut ditinggalkan, cinta dan komitmen. Ia membuatkan  seseorang akan lebih menerima dan menyayangi diri sendiri. Sebagaimana kita menyayangi diri kita sepenuh hati seperti itulah kita akan menyayangi orang sekeliling kita. Ia sgt membantu dalam mengimbangi dan menenangkan.

EO Geranium boleh  meningkatkan fungsi mental dan  meningkatkan semangat, melepaskan emosi dan kenangan negatif. Ia membantu orang yang mengalami kemurungan, kecemasan dan kemarahan. Bau bunga yg pada EO Geranium dapat menenangkan tubuh dan fikiran.

Buat ibu2 yg dalam pantang jga boleh amalkan Geranium neh sebab boleh mengecutkan rahim dan memperbanyakkan susu badan. Utk yg ada baby demam kuning pn boleh. Dillute dlu sapu kt area liver dan tapak kaki utk menurunkan demam kuning baby tuh. Ia akan detoks melalui air kencing. Bagi ibu2 selepas pantang yg kemahuan utk bersama suami berkurang so korang boleh apply EO Geranium kt part2 tertentu utk menaikkan kembali libido korang.InsyaAllah membantu masalah korang tuh. Sebab itu orang panggil EO Geranium neh minyak Kasih Sayang..😆😆

Banyak lae penggunaan EO Geranium neh iaitu:

 Mencantikkan Kulit
EO Geranium membantu dalam merawat jerawat, dermatitis dan penyakit kulit. So korang boleh buat serum @ cleanser menggunakan EO Geranium utk mencuci muka dan merawat kulit korang yg bermasalah.

 Mengurangkan Kedutan & Menegangkan Kulit
EO Geranium dapat meminimakan kedutan dgn menegangkan kulit wajah dan melambatkan penuaan. Korang boleh mskkan EO Geraium dlm lotion korang atau uat serum muka @ cleanser.
Kerana mempunyai sifat astrigent yg boleh menegangkan kulit ia juga dapat mencegah dr kulit menjadi kendur. Boleh juga apply kt perut yg menggelebeh utk menegangkan kulit di perut.

Memerangi Jangkitan
Ciri-ciri antibakteria yang terdapat dalam EO Geranium membantu melindungi tubuh dari jangkitan. Ia boleh menghentikan bakteria daripada tumbuh pada kulit, seperti dalam luka. Korang boleh dropkan EO Geranium kt kawasan yg luka dan balut utk proses penyembuhan. Apabila menggunakan EO Geranium untuk melawan jangkitan luaran, sistem kekebalan tubuh boleh memberi tumpuan kepada fungsi dalaman dan menjadikan anda lebih sihat. Contohnya, kulit makan air, misalnya, adalah jangkitan bakteria yang dapat disembuhkan dengan EO Geranium.

 Membantu Penyembuhan Luka
EO Geranium membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan. Ia juga membantu memudarkan parut dan bintik-bintik lain pada kulit dengan cepat. EO Geranium  meningkatkan peredaran darah di bawah permukaan kulit dengan itu membantu penyembuhan bintik-bintik yang disebabkan oleh jerawat, luka, luka pembedahan atau kerengsaan kulit.

 Meningkatkan Pembuangan Air Kencing
Peningkatan pembuangan air kencing bermakna kurang toksin dalam badan korang.
EO Geranium adalah diuretik, sekali gus meningkatkan kekerapan membuang air kencing kencing.
Apabila kita membuang air kencing, tubuh melepaskan bahan kimia toksik, logam berat, gula, natrium dan pencemar serta menghilangkan asid dan cairan hempedu yg berlebihan dari perut.

Deodorant semula jadi
EO Geranium membantu mempercepatkan peredaran darah. Bau Geranium boleh keluar dari badan melalui peluh, sehingga membuat peluh akan berbau seperti bunga! Kerana ia mempunyai sifat-sifat antibakteria, EO Geranium membantu menghilangkan bau badan dan boleh digunakan sebagai penyahhidrat semula jadi. Bau mawar dari EO Geranium cara yang sempurna untuk membuat korang bau segar setiap hari.

 Mencegah jangkitan saluran pernafasan
EO Geranium boleh menghalang jangkitan hidung dan tekak kerana ia mengandungi beberapa bahan kimia yang mempunyai kesan antibiotik. Apabila digunakan pada hidung atau tekak secara topikal, minyak ini mempunyai kesan menenangkan dan akan mengurangkan rasa sakit.
Untuk manfaatnya korang boleh menggunakan diffuser, hidu (inhale) EO Geranium atau sapu di tekak dan hidung

Penghalau Serangga
EO Geranium boleh digunakan sebagai penghalau serangga semula jadi. Korang boleh diffuse atau buat spray dgn EO Geranium.




Utk maklumat lanjut boleh WhatsApp...



TESTIMONI GERANIUM






















2 comments:

  1. Salam.Akak atikah ahli YL juga..Akak minat sangat tengok poster2 adik.Cantik dan berinformasi. bole akak share dekat status wasap dsb

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing that detail. It was fascinating and insightful. they become more and more interesting from the starting lines until the end.
    essential oil malaysia
    geranium essential oil

    ReplyDelete