PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

Sunday 26 November 2017

LADANG YLANG YLANG

YLANG YLANG


Ok seperti yang saya cerita sebelum ni, kat ladang ni yang paling luas tanamannya ialah Ylang Ylang. Ada part yang baru ditanam ada part yang dah tinggi2 besar pokok nya.

Tapi pokok Ylang Ylang ni akan sentiasa dicantas bahagian atasnya bagi memudahkan proses memetik bunganye.

Mengikut D. Gary, Ylang Ylang ni sesuai dipetik antara pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi, kerana pada waktu tu constituens nya paling tinggi dan terbaik.

Tapi takada siapa nak petik malam2, seram kot hehe. So di ladang ni, Ylang Ylang dipetik pada waktu pagi. Dipetik satu2 tau. Menggunakan tenaga manusia.

Yang lagi menariknya, cuma pekerja wanita sahaja yang ditugaskan untuk mengutip Ylang Ylang ini kerana sifat wanita yang lembut semasa memetik dan juga mengikut statistik, pekerja wanita dapat kutip lagi banyak. Seramai 40 orang pekerja wanita yang bertugas memetik Ylang Ylang ni.

Seorang pekerja biasanya dapat mengutip 10-12 kilo kelopak bunga Ylang Ylang sehari.

Ylang Ylang ni banyak digunakan dalam Essential Oil Blends yang bertujuan untuk support emosi. Ia juga antara Essential Oil yang boleh memberikan “mood” di bilik tidur. Selain itu ia bagus untuk menyokong sistem kardiovaskular dan menyeimbangkan tekanan darah.

Di Malaysia pun kita dah biasa dengan bunga kenanga ni kan. Saya ingat lagi di belakang rumah nenek sentiasa ada bunga kenanga ni. Rupanya ada nilai kesihatan yang tinggi yang kita tak tau.

credit to:Nurul Afzan Aini
Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: plant, sky, tree, cloud, outdoor and nature
Image may contain: sky, mountain, grass, outdoor and nature

No comments:

Post a Comment