PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

Tuesday 7 November 2017

YLEO MAHAL SEBAB "MLM"???

YLEO MAHAL SEBAB "MLM"? ARE YOU SURE??? PLEASE GET YOUR FACTS RIGHT AND LEARN HOW TO FOCUS ON YOUR OWN PRODUCT RATHER THAN BASHING OTHER PRODUCT WITH BASELESS FACT My DEAR..
***********************
*Warning: Extremely long post, only for those who love to read..
Kebelakangan ini, macam-macam cerita singgah di telinga saya mengenai harga YLEO yang dikatakan "mahal sebab MLM". Dulu ada juga berbunyi, lepas tu senyap sekejap and now datang lagi 'cheap sales point' tu.
Yes, saya katakan ia 'cheap sales point' kerana itu JALAN YANG PALING SENANG untuk mana-mana seller jawab bila ada orang tanya, "Kenapa produk you murah berbanding YLEO?" Persoalan ini mengundang peluang untuk seller-seller yang KURANG SKILL JUALAN SECARA PROFESSIONAL ini to 'kill 2 birds with one stone'. Apa maksud 'killing 2 birds with one stone' di sini? Di samping up kan produk sendiri, dalam masa yang sama mereka cuba menanam benih-benih penipuan fakta ke dalam otak pelanggan tentang YLEO, tentang 'MLM'.
Sebab apa? Sebab di Malaysia ni bila orang dgr MLM hampir semua terus OFF. Terlalu banyak penipuan wang berlaku di dalam industry ini menyebabkan ramai individu tertipu dan menanggung hutang berpuluh ribu. Cuba fikir semula. Salah MLM kah? Atau salah SYARIKAT? Atau salah INDIVIDU yg menipu itu? Atau salah ANDA YANG DITIPU kerana sifat tamak nak kaya cepat, nak kerja senang, nafsu membuak2 tengok sekumpulan manusia menjerit2 dengan kata2 semangat motivasi kononnya, atau teruja dengan kereta2 mewah dan gaji 5 angka yg ditayang sampai sanggup melabur sejumlah wang dan membenarkan diri terpedaya dengan janji manis INDIVIDU yang memperkenalkan perniagaan itu kepada anda? Sampai sanggup buat loan berpuluh ribu dengan alasan INVESTMENT DALAM BISNES!. Salah siapa sebenarnya?
MLM Industri adalah satu platform perniagaan. Sama seperti Retail Industri atau Service Industri. Platformnya berbeza kerana cara mendapatkan pelanggan juga berbeza. Kos yang terlibat juga berbeza. Jika anda rasa MLM jual produk mahal kerana 'nak bayar orang atas dan bawah', saya teringin nak tau: Dato' Vida yang buat perniagaan secara retail tu buat iklan di TV, Magazine, Paper dan Billboard tu FREE ker? Tajaan dia di Gegar Vaganza tu FREE ker? Stokis dan Agen2 beliau seluruh Malaysia tu tolong jual produk dia for FREE ker? Jom kita fikir sama2.. 
Dalam entry kali ini, saya tidak mahu sentuh langsung tentang kualiti sesuatu produk dan perbezaannya antara satu sama lain (walaupun Kualiti adalah salah satu faktor harga berbeza) kerana entry ini KHAS UNTUK MEMBETULKAN PERSEPSI MASYARAKAT YG MENGGANGGAP "BARANG JADI MAHAL SEBAB MLM". Ini fokus utama saya sebab saya tidak mahu orang diluar sana terkeliru (seperti saya dahulu) yg pukul rata MLM ni modus operandi semuanya sama. Sedangkan saya yg pernah bekerja dalam industry MLM sebagai staff (bukan Pengedar) dahulunya juga beranggapan industri MLM ni sememangnya penuh dgn manusia-manusia hipokrit & suka ambil kesempatan, apatah lagi org luar yg tiada langsung pengalaman dalam MLM. Dan saya tidak malu nak kata yg saya frust bila dapat tahu YL menggunakan platform 'MLM' ketika saya membuat pembelian 3 tahun lalu. Geram betul saya masa tu, kenapa saya boleh tak tahu YL ni 'MLM' masa saya beli minyak ni dulu? Kenapa lepas dah beli, dah jatuh cinta dengan minyaknya baru saya tahu ia menggunakan platform Network Mktg sebagai model perniagaan?
Hanya selepas 'terpaksa belajar' dan menimba ilmu tentang EO dari mula ( I have zero knowledge about EO before Oct 2014), baru saya faham kenapa YL guna platform ni dalam perniagaan mereka. Saya ambil extra step to learn and expand my thinking apa bezanya YLEO dgn lain2 MLM yg ada di Malaysia. Saya belajar dan amik tahu tentang industri ini. Kenapa saya 'terpaksa belajar'? Sebab saya ada ego saya sebagai Entrepreneur. Org kenal saya sebagai Founder Genius Baby On Board. Saya malu kalau Mommy2 tanya saya pasal EO dan saya tak tahu jawab. Saya malu kalau ada orang yg tanya how I can make side income with this Business & saya jawab saya tak tahu. Saya malu dan rasa tercabar, sebab tu saya PAKSA DIRI untuk belajar. Belajar SEMUA, bukan terhad pada EO sahaja, saya PAKSA DIRI BELAJAR dan FAHAMKAN BUSINESS PLAN walaupun merangkak2 nak faham.
Sebab masa saya kerja dulu, saya tak kuasa nak fahamkan in detail Buss Plan Sykt. Saya belajar surface je, nak lebih2 saya suruh members tu refer to their Leader. Sebab saya tahu Leader dapat duit, ada komisen. Tu tugas dia utk didik her members and clients. Siapa sangka 10 tahun lepas berhenti saya pula terjebak dgn Business yg menggunakan platform yg sama? Makanya..saya teringat kisah sendiri masa jd staff dulu. Sebelum saya kena kecam dgn member2 saya, baiklah saya belajar btol2 jadi orang yg berilmu dalam apa yg saya jual, apa yg saya niagakan.
Kalau kita faham konsep Manufacturer > Wholeseller > Retailer > End User, kita takkan senang2 cakap produk MLM mahal 'sebab dia MLM'. Sesiapa sahaja boleh bukak any Business dan gunakan apa2 platform yg mereka mahu samada secara Retail atau MLM. Semua platform perlukan wang. Apatah lagi kalau produk yg Owner jual tu bukan beliau sendiri yg hasilkan. Beliau tiada kepakaran tentang penghasilan produk tapi ada wang. Beliau tiada teknologi tapi ada wang. Beliau tiada kilang tapi ada wang. Pernah dgr 'Ada wang semua orang sayang?". Bukan susah pun, they can use 3rd party Company @ Manufacturer to produce the product for them dan mereka beli in bulk with minimum orders @ maybe by contena jika perniagaan semakin maju. Dan selepas berjaya outsource sesuatu produk tu, mereka gunakan pelbagai platform untuk pasarkan produk tersebut samada secara Retail @ MLM. Saya tidak kata ia salah ya..jangan salah faham. Terpulang Owner dia nak guna platform apa sekalipun, kerana mana2 platform sekalipun, ia perlukan wang untuk pelbagai kos seperti iklan, bayar agen, stokis ataupun 'orang atas dan bawah' jika guna platform MLM.
Saya tak nafikan jika sesuatu syarikat itu menggunakan 3rd party Manufacturer to produce the product dan kemudian produk itu dijual menggunakan platform MLM, harga selalunya akan lebih mahal dari similar product yg ada di pasaran kerana mereka bukan Manufacturer sebenar. Tapi jika syarikat itu sendiri adalah Manufacturer dan menggunakan platform yang sama, silap2 harga boleh jadi lebih kurang sama seperti harga retail atau lebih murah bergantung kepada beberapa faktor lain. Kerana mereka menjual secara direct kepada Pengguna Akhir tanpa Whoseller atau Retailer in between. Senang citer, sendiri produce, sendiri jual. Jadi harga dapat di kawal.
Adakah bermaksud semua produk harganya boleh jadi lebih kurang sama atau lebih murah dr harga di pasaran bila sykt itu sendiri adalah Manufacturer? Sudah tentu la tidak, kerana ada banyak faktor lain yang menentukan harga sesuatu produk di pasaran, macam yg saya kongsikan di atas, salah satunya adalah kualiti produk atau jika produk tersebut adalah RARE, hard to produce or produk yg ada demand vs supply, ia juga faktor yg memainkan peranan dalam penentuan harga sesuatu produk.
Maka, untuk mereka yang sering mengatakan "HARGA PRODUK JADI MAHAL SEBAB MLM" adalah sangat tidak berasas dan bolehlah saya katakan tuduhan yang 'semberono'. Jangan kita ambil yang 'ekor' jika kita tidak kaji dari 'kepala', kerana fakta yg kita bagi mungkin akan mengelirukan orang ramai di luar sana.
Kan lebih baik kita kaji produk kira sendiri, bercerita tentang produk kita sendiri dan jika ada yg bertanya mengapa produk kita lebih murah dari yang lain, kita kemukakan fakta-fakta menarik tentang produk kita tanpa perlu bagi fakta yg kita tidak tahu tentang produk pesaing. Paling senang kita boleh jawab, 'Maaf, saya tak jual produk tu, saya tak tahu kenapa produk tu lebih mahal dari produk saya. Mungkin Puan boleh tanya mereka kenapa lagi mahal & apa yg membuatkan dia mahal.' Dari situ, pelanggan akan lebih hormat anda kerana anda FOKUS dengan kelebihan dan keistimewaan produk sendiri dan tak sibuk membandingkan produk anda dengan produk pesaing dgn cara yg kurang bijak. If your products are so good and special, anda tidak akan ada masa untuk bercerita tentang produk orang lain..
Tujuan saya letak gambar dan perbandingan HARGA di bawah adalah SEMATA-MATA UNTUK MEMBUKTIKAN bahawa apa yg dicanang : "YLEO MAHAL BECAUSE IT'S MLM" adalah SALAH dan TIDAK BERASAS. Anda boleh kira dan semak sendiri di Internet harga yg saya berikan ini, ia bukan rahsia. Saya mmg pilih syarikat yg menjual produk mereka secara retail sahaja untuk perbandingan harga. Sekali lagi saya tegaskan, entry ini hanya membincangkan tentang HARGA: RETAIL VS MLM dan bukan perbandingan kualiti antara keduanya. Saya harap pembaca jelas tentang Objektif Entry ini dan selepas ini, jika ada yg memberikan anda jawapan cliche dan murahan tentang "HARGA MAHAL SEBAB MLM", sila kongsi artikel ini agar sama2 kita jadi Individu yg bijak berfikir dan menilai sebelum menerima bulat-bulat apa yang diberitahu pada kita.

Saya buat perbandingan secara rawak, produk2 yg ada di YLEO dan saya bandingkan dgn produk yg seumpamanya di pasaran yg dijual secara retail. Sbg cth, produk YLEO is way beyond organic, maka saya bandingkan dengan produk organic juga. Tidak adil jika saya bandingkan Kidscents Shampoo YL dengan Kids Shampoo K&K cthnya, kerana kita tahu K&K bukan produk Organic. Maka sudah tentu harganya berbeza. Maka saya kaji juga harga retail produk Organic yg ada di pasaran Malaysia.

Saya harap artikel ini dengan sendirinya dapat memadamkan stigma di minda-minda mereka yang sering yang mengatakan HARGA YLEO MAHAL BECAUSE IT'S MLM kerana fakta di bawah menunjukkan sebaliknya. Saya harap tidak akan ada pula yg kata, 'Dia banding dgn EO Lemon & Orange boleh la..cuba banding dengan Rose EO Syarikat XXX'. Jika ada yg berfikiran begitu, saya mohon anda fahami betul2 OBJEKTIF dan TUJUAN Entry ini. Nampak sangat anda kurang jelas dgn TOPIK yg kita nak bincang ni kalau berfikiran begitu. If u keep saying that HARGA YLEO MAHAL BECAUSE IT'S MLM, I have prove otherwise by showing you the fact in the poster. Tak perlu banyak poster sebenarnya, 1 Poster pun dah cukup untuk patahkan hujah tidak berasas anda. As simple as that. Samada anda nak terima atau tidak, it's a different story..

Kalau saya bagi bukti satu buku setebal kamus Oxford sekalipun untuk membuktikan yg kami ini antara 2% syarikat di dunia yg membekalkan UNADULTERATED ESSENTIAL OILS ke seluruh dunia, jika anda dari mula lagi sudah tidak percaya kerana ia menggunakan platform MLM, anda tetap tidak akan percaya. You already block your mind even before you try, even before you do your whole research about EO from ALL PERSPECTIVE so what's the point of giving you all the facts? Acah-acah soal kami konon concern tp sebenarnya tunggu masa nak tembak ke? Acah-acah tanya macam nak beli tp sebenarnya nak bash ke? Tepuk kepala tanya akal waras..tepuk hati tanya diri sendiri. We are all Professional in Business so let's act like one..

May Allah SWT open our heart to choose whatever products that suits our lifestyle, tidak kira ia menggunakan platform perniagaan apa sekalipun asalkan HALAL dan TIDAK MENIPU Masyarakat. Ameen.

Credit to:Teacher Watie

#sharingiscaring











































No comments:

Post a Comment