PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

Sunday 12 November 2017

TEA TREE (Melaleuca)


Tea Tree juga dikenali sebagai Melaleuca Alternifolia yg dikenali dgn ciri2 antiseptik yg kuat da berupaya utk merawat luka.

Sebagaimana korang tahu Tea Tree dalam byk kajian perubatan berupaya membunuh byk jenis bakteria, virus dan kulat. Ia merupakan bahan aktif yg semakin popular yg byk digunakan dlm produk kosmetik dan harian seperti cleanser, shampoo, minyak rambut dll

Bermacam2 kegunaan Tea Tree nie klu korang nak tahu:

Merawat Jerawat
Klu korang tgk kt pasaran byk kan produk yg berasaskan Tea Tree cthnya dalam produk penjagaan kulit, terutama sebagai rawatan jerawat. Tea Tree berkesan sebagai benzoyl perocide tetapi xde kesan sampingan seperti kemerahan, kekeringan dan pengelupasan kulit. Korang boleh uat pencuci muka sendiri just beli distille soap + Tea Tree @ campur EO yg lain utk kesan yg lebih optimum.

 Kesihatan Rambut
EO Tea Tree terbukti sgt bermanfaat pada kesihatan rambut dan kulit kepala. Ia mempunyai keupayaan utk menenangkan kulit kepala kering, menghilangkan kelumumur, gatai kulit kepala dan utk rawatan kutu. Korang boleh mskkan bbrpa drop dlm syampu korang bersma dgn EO lain spt Cedarwood, Rosemary, Lemon dll

 Bahan Pembersih
 EO Tea Tree mempunyai ciri2 anti bakteria yg boleh membunuh bakteria di rumah. Utk mencuci tandas, bilik mandi, perkakasan dapur dll korang boleh buat spray dan titiskan bbrpa drop Tea Tree + Lemon + Soda + Air.

 Ekzema dan Penyakit Kulit
EO Tea Tree boleh membantu melegakan semua jenis keradangan kulit, termasuk digunakan sebagai rawatan ekzema semula jadi dan untuk mengurangkan penyakit kulit. Korang boleh uat blend utk ekzema, VCO + Tea Tree + Lavender + Melrose

 Penyakit kulat
Kerana keupayaannya untuk membunuh parasit dan jangkitan kulat, EO Tea Tree adalah pilihan yang ideal untuk digunakan dalam kulat kuku, kutu air dan kurap. Sapukan EO Tea Tree ke kawasan jangkitan dengan menggunakan kapas bersih. Ia boleh juga merawat dan mengeluarkan ketuat.

 Deodorant
Kebaikan lain EO Tea Tree nie ialah menghilangkan bau badanIa mempunyai sifat antimikrobial yang memusnahkan bakteria pada kulit yang menyebabkan bau badan. Korang boleh buat deodorant dgn guna EO Tea Tree +VCO + Soda.
Kalau korang ada kasut yg berbau pn boleh guna Tea Tree + Lemon + Soda tabur dlm kasut yg berbau.

 Jangkitan dan Kecederaan
EO Tea Tree + Lavender adalah ramuan sempurna untuk merawat luka dan mencegah jangkitanPastikan membersihkan luka terlebih dahulu dengan air dan hidrogen peroksida jika perlu, kemudian aplly blend td dan tutup dengan pembalut untuk membantu melawan jangkitan.

 Kesihatan Mulut
Kerana keupayaan untuk membunuh bakteria dan pada masa yang sama menenangkan keradangan kulit, EO Tea Tree adalah ramuan sempurna untuk membuat ubat gigi dan mouthwash. Ia boleh mengurangkan pendarahan gusi dan kerosakan gigiGabungkan Tea Tree + VCO + Soda untuk hasilkan ubat gigi tanpa bahan kimia sintetik.








Utk maklumat lanjut boleh WhatsApp...

No comments:

Post a Comment