PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

Wednesday 15 November 2017

TRICLOSAN

TRICLOSAN


Apa itu TRICLOSAN? TRICLOSAN adalah bahan yang digunakan dalam produk kegunaan harian utk menghalang pembiakan bakteria supaya jangka hayat produk menjadi lama.

Ada pelbagai sabun antibakteria di pasaran. Harganya juga berbeza-beza dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan orang ramai sebagai pengguna. Ramai memilih menggunakan sabun antibakteria kerana ia dianggap lebih berkesan bagi menghilangkan kuman pada badan. 
Mereka yakin sabun mengandungi `unsur' antibakteria lebih berkesan untuk membersihkan anggota badan berbanding sabun biasa. Tanpa mereka sedari, terdapat dakwaan sebilangan sabun antibakteria menggunakan bahan antibakteria berbahaya sebagai kandungan utama. 

Bahan kimia itu antaranya TRICLOSAN  yang didakwa berpotensi menjejaskan kesihatan manusia serta merosakkan alam sekitar. Hal ini sebenarnya sudah lama didedahkan sejak berbelas tahun lalu tetapi entah mengapa ia kurang mendapat perhatian masyarakat. 

Bagaimanapun, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam satu kenyataan baru-baru ini membangkitkan semula isu tersebut. 

SEJARAH PENGGUNAAN TRICLOSAN 

Presiden CAP, S.M. Mohamed berkata, bahan antibakteria TRICLOSAN
pada asalnya digunakan pada zaman 1970-an oleh pakar bedah. Ia digunakan untuk mencuci tangan sebelum melakukan pembedahan bagi mengurangkan atau mencegah pencemaran bakteria. 

Kegunaannya kemudian dikembangkan secara komersial dalam sabun, ubat gigi, pakaian, peralatan dapur, perabot, alat mainan dan lain-lain. 

Menurutnya, memang benar TRICLOSAN berkesan dalam mencegah jangkitan yang berlaku di hospital. Namun, tiada sebarang data menunjukkan manfaat kesihatan tambahan jika menggunakan sabun yang mengandungi bahan antibakteria itu. 

Malah, beliau mendakwa satu kajian mendapati mereka yang menggunakan produk antibakteria itu tidak mempunyai risiko lebih rendah ke atas penyakit berjangkit.

BAHAYA TRICLOSAN KEPADA KESIHATAN 

Daripada sudut kesihatan, S.M. Mohamed mendakwa bahan antibakteria TRICLOSAN boleh menjejaskan aturan tiroid, testosterone dan estrogen. 

Ia boleh menyebabkan permasalahan akil baligh awal, sperma kurang berkualiti, kemandulan, obesiti dan kanser. Bahan itu juga didakwa boleh menjejaskan pembelajaran dan memori, alahan dan melemahkan otot.

Ia juga didakwa boleh memberi kesan kepada pembesaran janin, bayi dan kanak-kanak. Namun, terdapat pelbagai produk lain termasuk ubat gigi, cucian tangan, gel mandian dan syampu badan kanak-kanak didakwa mengandungi TRICLOSAN.

"Kami menemui pelbagai produk lain mengandungi TRICLOSAN
seperti bahan pencuci lantai dan tandas yang mempunyai ciri antibakteria," katanya.
credit to:www.rojakdalily.com


Tu dia byknyer produk yg banyak TRICLOSAN ..nasib baik la skrg da pelan2 DIY produk sendiri sejak da addicted ngn YLEO neh. Korang baca dan hadam sendiri pasal benda neh. kalau maleh nk DIY semua cari je produk organic yg selamat atau pn cari je produk Young Living smua ada bkn saja EO, syampu, ubat gigi, pencuci lantai dll semua ada. 

No comments:

Post a Comment