PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

PILIHAN DI TANGAN DAN BUDGET ANDA

Sunday 26 November 2017

PROSES PENANAMAN OREGANO

PROSES PENANAMAN OREGANO 🌿

Semalam, kami dibawa ke tapak semaian OreganoDapat la saya mencuba menanam Oregano disini.
Di Ladang Young Living Finca Botanica Aromatica, Guayaquil ni, 27 ekar darinya ditanam dengan Oregano.
Sihat dan subur-subur Oregano disini! Penanamannya memang mengikut standard penanaman organik. Tiada racun serangga atau bahan kimia berbahaya terlibat dalam penanaman mahupun penuaian.
Oregano adalah tumbuhan yang sensitif, daunnya mengandungi banyak air, oleh itu ia senang patah, maka penggunaan mesin atau jentera boleh merosakkan daun Oregano tersebut. Maka di sini, proses penuaian Oregano adalah menggunakan tenaga manuasia 100%.
Seramai 35-40 orang pekerja terlibat dalam proses penuaian. Biasanya Oregano ini dituai ketika tingginya mencecah 1.5-2 kaki.
Selepas dituai, Oregano ini akan dibiarkan dahulu 4-5 hari sebelum di distill.
Young Living sentiasa cuba jaya kaedah terbaik untuk mendapatkan compound terbaik dari Essential Oil Oregano. Mereka bereksperimen dengan membiarkan lebih lama beberapa hari sebelum distill, cuba distill lebih lama dan semak hasil ujian dengan alat GCMS yang ada di ladang ini.
Dari situ mereka tahu, berapa hari yang terbaik untuk mengeringkan Oregano dan berapa lama masa terbaik untuk distill bagi mendapatkan compound terbaik Essential Oil Oregano.
Pihak pengurusan ladang sentiasa belajar dan berusaha untuk mengeluarkan Essential Oil Oregano yang terbaik dari segi kualiti dan chemical compoundnya.

Image may contain: plant, outdoor and nature

Image may contain: plant, outdoor and nature
Image may contain: plant, outdoor and nature

credit to:Nurul Afzan Aini

No comments:

Post a Comment